Saturday, May 2, 2009

Latar Belakang(Asal Usul)

The Eastern & Oriental Hotel merupakan sebuah hotel yang lama dan penuh dengan keistimewaan serta perkidmatan yang terbaik. Banugunan ini ditubuhkan oleh “Sarkies Brothres” pada tahun 1885. Sejarahnya bermula daripada Eastern Hotel. Pada tahun 15 April 1884, Tigran Sarkies, salah seorang daripada “Sarkies Brothers” telah menubuhkan Eastern Hotel di 1A Light Street.
Kemudian, Martin, abang kepada Tigran telah menyertai Tigran dan mereka megenali meraka sendiri sebagai “Sarkies Brothers”. Oriental Hotel di Farquhar Street telah ditubuhkan apabila perniagaan Eastern Hotel berjaya. Kedua-dua hotel ini digabungkan dan mempunyai sebanyak 80 buah bilik telah menjadi hotel yang terbesar di Pulau Pinang pada masa itu.
Pada August 1889, Oriental Hotel yang diperbaharui telah bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat. Justeru, mereka telah membuat keputusan untuk berputus asa terhadap Eastern Hotel. Tetapi mereka tidak mahu muhibah nama itu dihilangkan. Jadi, mereka membuat keputusan untuk menamakan Oriental Hotel semula. Mereka menamakannya sebagai The Eastern & Oriental Hotel.
Pada tahun 1891, Arshak, adik bongsu mereka pun turut menyertai mereka. Arshak telah menambahkan sebuah ruang tarian di hotel ini pada tahun 1903. The E&O telah menjadi pusat utama kehidupan sosial dan tempat kegembiraan kepada Pulau Pinang. Di sana juga boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti perkahwinan, perjamuan dan lain-lain lagi.
Pada tahun 1922, Arshak telah memperkukuhkan sebidang tanah untuk memperluaskan hotel itu. “Victory Annexe” telah dibina di atas tanah itu dan menambahkan 40 buah bilik. The E&O diungkapkan sebagai “The Premier Hotel East of Suez” di iklan pada tahun 1927.
Pada perang dunia kedua, E&O telah mengalami kemelesetan. Pemborosan dan salah urus Arshak telah menyebabkan perniagaan E&O merosot. Pada tahun 1931, Arshak telah meninggal dunia. Selepas beliau meninggal dunia, beberapa orang telah ditukar untuk menguruskan E&O.
Walaupun E&O berada dalam keadaan yang terburuk namun ia masih mengekalkan daya tarikannya dan menempuhi kesusahannya dengan ciri-ciri serta keanggunannya. Pada tahun 1996, E&O telah ditutup. Selepas beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 2001, E&O telah dibuka semula kepada masyarakat selepas pemulihan dan pembaharuan.

No comments: