Saturday, May 2, 2009

Latar Belakang(Pengasas)

Pengasas hotel ini mempunyai empat orang. Mereka mengenali mereka sendiri sebagai “Sarkies Brothers”. Antara mereka ialah Martin, Tigran, Aviet dan Arshak. Mereka berasal dari Isfahan yang terletak di Persia. Mereka juga merupakan pemilik hotel yang terutama di Timur.
Tigran yang berusia 23 tahun merupakan “Sarkies Brothers” yang pertama menceburi dalam bidang perhotelan. Oleh sebab beliau berasa bidang perhotelan mempunyai kebaikan yang lebih banyak daripada perniagaan lelong jadi beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang ini. Beliau telah menubuhkan sebuah hotel pada 15 April 1884 yang dikenali sebagai Eastern Hotel. Hotel itu terletak di 1A Light Street.
Martin pula merupakan abang kepada Tigran, beliau menyertai Tigran iaitu adiknya dan mengenali mereka sendiri sebagai “Sarkies Brothers”. Beliau menubuhkan Oriental Hotel yang terletak di Farquhar Street. Tigran mengendalikan Oriental Hotel manakala Martin mengendalikan Eastern Hotel.
Kemudian, Aviet, adik mereka telah dipujuk supaya menyertai mereka. Selepas itu, beliau telah menjadi pengurus kepada Eastern Hotel. Pada lewat tahun 1890, apabila Martin bersara adik bongsu mereka iaitu Arshak telah diminta untuk menyertai mereka. Beliau mempunyai pengalaman di Raffles bawah pengawasan Tigran. Tigran mengendalikan Raffles semasa Aviet menubuhkan Sarkies Hotel di Rangoon. Manakala Arshak pula mengendalikan The E&O. beliau mengendalikan hotel itu sehingga beliau meninggal dunia iaitu pada tahun 1931.

No comments: